fbpx

[VIDEO] Kereta dihujani air najis, paip tandas ‘mall’ pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video sebuah kereta 'dihujani' air busuk berbau najis di sebuah tempat letak kereta pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan ujian apabila kereta jenis Volkswagen Beetle diletakkan di tempat letak kenderaan (basement) sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur ‘dihujani’ air busuk berbau najis dipercayai selepas paip dari tandas pecah di atas keretanya.

Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok Eyera, wanita itu memaklumkan dia ke pusat beli-belah tersebut untuk makan malam.

“Anda rasa anda berdepan dengan hari malang? Kami baru balik dari makan malam, lihatlah apa jadi dengan kereta kami.

“Kami tertanya kenapa kereta kami berbau seperti najis, tapi kami tak tahu paip tandas di atas kereta kami pecah.

“Dalam banyak-banyak tempat letak kereta, kenapa atas kereta kami,” katanya pada kapsyen video tersebut.

Malah, wanita itu sempat berseloroh supaya diberikan tempat letak kereta percuma dan khidmat cuci kereta percuma selama setahun daripada pihak pusat beli-belah itu.

Sementara itu, ramai yang bersimpati kejadian tersebut lebih-lebih lagi bau busuk daripada air paip itu.

“10 kali cuci baru hilang bau ni,” kata seorang pengguna TikTok.

“Kalau kena kat saya, mengamuk woo,” kata individu lain.

“Aku pernah sekali terkena. Dah lah baru cuci kereta. Lepas tu aku pergi kedai cuci kereta balik, nasib baik tak ada dah bau busuk,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

@eyerv A lil surprise after dinner from TRX🥴🥴 #fyp #trx #malaysia ♬ marys_theme.mp4 – joanna sui

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI