fbpx

[VIDEO] Gigi palsu tertanggal ketika ‘live’ di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video TikTok.

PETALING JAYA – Lucu. Itulah yang boleh dikatakan kepada seorang lelaki apabila giginya tercabut semasa dia sedang memakan aiskrim sambil bersiaran langsung di media sosial.

Menerusi perkongsian video di media sosial TikTok milik akaun @lons_radokifz, beliau sedang menikmati aiskrim yang dibelinya itu, namun aiskrim tersebut keras sehingga membuatkan gigi palsunya tercabut.

Lelaki tersebut kemudian merasa terkejut apabila menyedari gigi palsunya itu tercabut dan hanya mampu ketawa sahaja sambil berkata aiskrim tersebut keras.

Lelaki itu kemudian gagal menghabiskan makanan tersebut kerana tidak mampu menahan ketawa melihat kepada kejadian lucu yang menimpa dirinya.

Hasil tinjauan di ruangan komen media sosial tersebut mendapati orang ramai merasa terhibur dengan aksi yang dilakukan oleh lelaki tersebut.

“Bang aku tengah broken nie, kau jangan bang,” kata pemilik akaun Shamimi.

“Tengok 10 kali pun tak puas hati lagi memang ketawa sakit perut,” kata pemilik akaun Dayahchoiy.

“Allahuakbar nasib tak telan,” kata pengguna akaun Eyzara Zayyan. – KOSMO! ONLINE

@lons_radokifz 😇😇😇😇#lonsradokifz ♬ original sound – Lons | Radokifz

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI