fbpx

Tikam isteri: Polis rakam percakapan 12 individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BATU GAJAH – Polis telah merakam percakapan 12 individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita dipercayai ditikam suami di sebuah hotel di Pekan Batu Gajah di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, antara individu yang direkod keterangan adalah ahli keluarga mangsa termasuk ibu berusia 56 tahun.

“Setakat ini, 12 individu melibatkan pengadu dan saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebaik sahaja siasatan lengkap, kertas siasatan tersebut akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga Khamis depan dan pihaknya akan memohon tempoh reman itu disambung bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Menerusi laporan media pada Khamis lalu, seorang wanita berusia 32 tahun ditemukan mati dengan kesan tikaman di badan dalam sebuah bilik hotel di sini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI