fbpx

Terbaring angkara kanser usus tahap empat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosna menyuapkan makanan ke mulut Nur Hazirah yang terlantar akibat kanser usus tahap empat ketika ditemui di Kampung Binjai, Lipis baru-baru ini.

LIPIS – Seorang wanita buntu memikirkan nasib tiga anak termasuk dua yang menghidap autisme apabila dia disahkan mempunyai penyakit kanser usus tahap empat yang menyebabkannya hanya mampu terlantar sejak Mac lalu.

Nur Hazirah Mohd. Azmi, 30, dari Kampung Binjai di sini berkata, dia terlantar selepas perutnya ditebuk untuk pemakaian beg stoma selain cepat merasa penat dan letih.

Katanya, dia terus memikirkan bagaimana keadaan tiga anaknya berusia antara dua hingga lapan tahun sebaik dimaklumkan me­ngenai penyakitnya oleh doktor.

“Sebelum ini saya sering pitam kerana kekurangan darah. Doktor nasihatkan saya tambah darah di Hospital Kuala Lipis, namun ia kerap juga berlaku menyebabkan doktor buat pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan kemudian mengesahkan saya menghidap kanser usus tahap empat dan ia sudah merebak ke hati, paru-paru dan tulang,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Nur Hazirah, pendapatan suaminya, Zulkefli Johari, 33, sebagai penyelia ladang di Marapoh dekat sini tidak mencukupi untuk menyara keluarga dan menampung kos rawatan penyakitnya.

Tambahnya, suami terpaksa membelanjakan RM1,500 sebulan untuk mereka meman­dangkan dua anak autistiknya, Muhammad Zahin Hafizhan, 8, dan Muhammad Ziyad Hafiy, 7, masih memakai lampin pakai buang kerana tidak mampu me­nguruskan diri.

“Suami terpaksa mengeluarkan belanja kira-kira RM1,500 bagi membeli lampin pakai buang dan susu anak termasuk untuk anak bongsu, Muhammad Ziqri Hakim, 2.

“Muhammad Zahin juga perlu berulang alik ke hospital kerana menghidap penyakit hemofilia yang berpunca daripada kekurangan faktor pembekuan darah,” katanya.

Ujar Nur Hazirah, dia me­nerima bantuan RM500 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Katanya, dia banyak bergantung kepada ibunya, Rosna Ab. Razak, 56, dan ahli keluarga untuk membantu menguruskan ketiga-tiga anaknya ketika suaminya bekerja.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Nur Hazirah di talian 012-984 2375 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 156114356703.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI