fbpx

Tauke bakeri mula naikkan harga kek, roti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Beberapa pengusaha bakeri berkongsi harga baharu bagi jualan kek dan roti yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai ini.

Rata-rata mereka memaklumkan kenaikan harga itu terpaksa dibuat bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat akibat kenaikan harga barang mentah terutama tepung dan serbuk koko.

“Pihak kami ingin mengambil peluang untuk memaklumkan kepada semua pelanggan bahawa pihak syarikat terpaksa membuat semakan semula dan menaikkan harga produk tertentu bermula 1 Julai 2024.

“Pihak syarikat terpaksa menaikan harga produk-produk yang tersenarai kerana kenaikan kos bahan mentah terutama tepung dan serbuk koko.

“Dengan makluman ini, kami memohon jutaan kemaafan dan jasa baik semua pelanggan agar dapat memahami situasi ini dan terus menyokong kami,” katanya menerusi satu notis pemberitahuan kelmarin.

Sementara itu, pengguna Facebook, Farah Aziera mendakwa serbuk koko mengalami hampir lima kali kenaikan harga pada tahun ini.

“Serbuk koko awal tahun harga RM18 untuk satu kilogram (kg). Sebelum puasa naik lagi RM28/kg. Lepas raya puasa naik sampai RM38/kg. Bakers kita ramai yang sudah putus asa.

“Sebelum raya haji naik lagi dalam RM40/kg, lepas raya baru-baru ini harga hampir RM50/kg.

“Pihak pembekal ada beritahu awal bulan 7 harga akan bertukar lagi untuk semua produk yang berasaskan koko dan coklat,” katanya.

Beberapa pengusaha lain memaklumkan mereka terpaksa menaikkan harga jualan RM2 hingga RM15.

“Peminat kek kami, bulan 7 nanti harga dah tak sama, yang mana asas koko dan coklat saya terpaksa naikkan harga RM15. Untuk roti saya naikkan lagi RM2. Kalau tak letak harga baharu, kami sendiri tak tahu nak pusing macam mana modal yang ada. Barang naik, tepung mahal,” jelas Asyura. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI