fbpx

Suami kata gaji ‘privasi’, isteri tak perlu tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebahagian besar golongan suami menegaskan bahawa gaji mereka adalah suatu yang perlu disimpan secara privasi dan ia tidak boleh didedahkan kepada orang lain termasuk isteri.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial hari ini, seorang pengguna Instagram memuat naik soalan bertanya “Anda rasa perlu isteri tahu gaji suami?”.

Pertanyaan tersebut mendapat lebih 100 komen dalam tempoh empat jam.

“Rasanya tak perlu, yang penting tanggungjawab sebagai seorang suami dijalankan dengan baik tanpa culas. Jadi gaji suami boleh terus simpan sebagai ‘privacy’,” kata Mohd. Fakrul.

“Tak perlu. Hak masing-masing untuk jadikan ia sebagai rahsia dalam pasangan. Dalam surat kerja syarikat pun dah kata gaji tak boleh dedahkan, maknanya tak jadi kesalahan jika tak maklum pada isteri,” ujar Nasrul.

“Tak perlu bagi tahu. Cukup makan pakai isteri dan anak-anak terjaga. Suami pun pandai urus duit dengan baik. Jangan risau wahai kaum isteri sekalian,” pesan MdArip.

Bagaimanapun, melihatkan kepada respons para isteri, mereka berpandangan bahawa perlu untuk pasangan tahu jumlah gaji bulanan suami agar ia tidak diambil kesempatan.

“Isteri perlu tahu. Lagi-lagi bila isteri pun bekerja. Kalau tak tahu suami boleh sahaja kata setiap bulan duit tak cukup, dan akan minta isteri bayarkan itu ini. Bukan kita nak duit suami sangat, sekurang-kurangnya kita tahu tahap kewangan suami,” kata Aliyaa.

Sementara itu, pengguna lain yang dikenali sebagai Faezah berkata, menjadi satu keperluan untuk golongan isteri mengetahui gaji suami agar dapat membuat perancangan perbelanjaan dengan baik supaya tidak membebankan pasangan di kemudian hari.

“Perlu, macam saya, saya tahu berapa gaji suami, saya tahu segala jenis bil yang dia perlu bayar dan dia sendiri tentukan limit duit yang boleh digunakan walaupun kad debit dia ‘link’ dengan semua aplikasi pembelian online di telefon saya.

“Penting tau, supaya tak ada drama sedih suami semak baki dompet sebab isteri minta itu ini tanpa mengetahui situasi kewangan suami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI