fbpx

Sorok Gunung Gandum dalam lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori yang digunakan untuk membawa sebanyak 10,213 bungkusan rokok.

LAHAD DATU – Sebanyak 10,213 bungkusan rokok jenis Gunung Gandum bernilai lebih RM300,000 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) dalam pemeriksaan terhadap sebuah lori di tepi jalan di Jalan Bypass Lahad Datu, Batu 7 di sini semalam.

Dalam operasi pada pukul 5.30 petang itu, lori yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan anggota PPM Lahad Datu selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan berat itu menemukan 10,213 bungkusan rokok jenis Gunung Gandum disyaki diseludup dan tidak mempunyai cukai kastam.

“Suspek kemudiannya ditahan. Kenderaan dan rokok dirampas untuk siasatan. Nilai rokok yang dirampas berjumlah RM306,390, manakala nilai keseluruhan termasuk lori adalah RM351,390,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI