fbpx

SKDS 2.0: Segera daftar jika layak, jangan hanya salahkan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke.

SEPANG – Kementerian Pengangkutan (MOT) mengingatkan lebih 180,000 kenderaan pengangkutan barangan supaya segera mendaftar dengan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 bagi menikmati harga subsidi diesel ditawarkan kerajaan.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan sudah memberi ruang mencukupi untuk syarikat kenderaan pengangkutan barangan mendaftarkan diri di bawah SKDS 2.0.

Beliau berkata, mereka harus mendaftar dengan segera jika layak dan tidak hanya menyalahkan kerajaan semata-mata.

“Kalau tidak (mendaftar) mereka akan salahkan kerajaan pula, kata tak bagi subsidi menyebabkan mereka naikkan harga barang disebabkan kenaikan harga diesel.

“Ini tanggungjawab mereka juga untuk tampil ke depan dan daftarkan diri dalam SKDS 2.0 dimana harga diesel tidak berubah (RM2.15 seliter),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI