fbpx

Sempat bernafas sejam setengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Seorang lelaki disahkan meninggal dunia setelah lebih sejam kereta yang dipandunya terbabas akibat dipercayai terkena serangan jantung di Jalan Besar Felda Palong 4, 5, 6 di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa iaitu seorang lelaki Melayu berusia 40 tahun bersama tiga orang lelaki Melayu yang lain dalam perjalanan menaiki kereta dari rumahnya hendak ke tempat kerja di Palong 3.

Menurutnya, semasa dalam perjalanan, pemandu tersebut dipercayai telah terkena serangan jantung lalu menyebabkan kereta yang dipandu telah terbabas ke kanan jalan dan melanggar tebing tanah.

“Akibat daripada kemalangan ini, pemandu kereta tersebut telah dikejarkan ke Klinik Palong 4, 5, 6 bagi mendapatkan rawatan, namun kira-kira pukul 8.30 pagi, mangsa dilaporkan telah meninggal dunia di klinik tersebut.

“Sehubungan itu, polis meminta agar saksi kejadian yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Muhammad Imran Sharwandy Suwandi Yazid ditalian 012-6434489 bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI