fbpx

Rangka ditemui disyaki ada kaitan kehilangan Hafiz Fauzan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melakukan siasatan di lokasi penemuan rangka manusia berhampiran Kompleks Penghulu Linau, Batu Pahat pagi tadi.

BATU PAHAT – Satu rangka dipercayai pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Parit Raja yang hilang pada 26 Mei lalu ditemui di tepi tebing Jalan Yong Peng berdekatan Kompleks Penghulu Linau di sini pagi tadi.

Menguatkan lagi identiti itu adalah Hafiz Fauzan Abd Halid, 17, apabila sebuah motosikal yang hampir sama digunakan remaja itu ditemui tersangkut celah batang pokok bersebelahan kebun durian.

Turut dijumpai adalah jaket dan topi keledar milik remaja tersebut.

Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai penemuan rangka tersebut.

Hafiz Fauzan yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik hilang selepas keluar dari rumahnya pada malam 26 Mei lalu untuk menonton bola sepak bersama rakannya di Parit Ju, Tongkang Pechah.

Bapanya Abd Halid Sugiman, 44, berusaha mencari remaja itu termasuk meninjau di beberapa jalan di Jalan Tongkang Pechah ke Parit Raja dan Jalan Sri Bengkal, namun tiada petunjuk diperoleh.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan pasukan forensik berada di lokasi penemuan rangka tersebut.

Pengesahan identiti rangka itu akan dilakukan selepas mendapat laporan daripada forensik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI