fbpx

Rangka dipercayai manusia ditemui dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTOSIKAL yang ditemui dalam semak kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau di Batu Pahat pagi tadi.

BATU PAHAT – Polis Daerah Batu Pahat mengesahkan penemuan satu rangka dipercayai manusia di dalam kebun durian di tepi Jalan Yong Peng – Muar berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau di Batu Pahat pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, rangka itu ditemui oleh seorang lelaki warga tempatan kira-kira pukul 11.15 pagi.

Katanya, pihaknya turut menjumpai sebuah motosikal, satu rangka dipercayai tubuh manusia bersama pakaian, dokumen diri dan barang-barang peribadi.

“Kesan kerosakan pada motosikal dijumpai itu dipercayai berpunca daripada kemalangan jalan raya dan berkemungkinan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Motosikal mangsa disyaki telah terbabas ke tepi jalan dan melanggar tiang letrik menyebabkannya terhumban ke dalam semak serta curam di dalam kebun berkenaan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulanuar lagi, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, siasatan juga secara selari bagi mengenal pasti jika terdapat sebarang unsur jenayah yang menyebabkan kematian oleh Bahagian Siasatan Jenayah.

Ujarnya, pihak keluarga telah membuat pengecaman berhubung dokumen diri dan barangan yang dijumpai di lokasi penemuan rangka manusia sebagai milik mangsa yang dilaporkan hilang sejak 26 Mei lalu.

“Pengesahan rasmi identiti rangka tulang yang dijumpai akan disahkan setelah laporan DNA (Asid Deoksiribonukleik) diperolehi daripada Jabatan Kimia Malaysia,” jelasnnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI