fbpx

Rakyat Perancis ugut berak dalam Sungai Seine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Seine bakal menjadi gelanggang untuk acara renang perairan terbuka dan triatlon pada Sukan Olimpik 2024. - AFP

PARIS  –  Orang ramai mengugut untuk membuang air besar di dalam Sungai Seine sebagai tanda protes selepas kecewa dengan tindakan Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, lapor akhbar Sky News semalam. 

Protes berlaku selepas Hidalgo melaburkan wang yang banyak dalam operasi pembersihan sungai itu sehingga mengabaikan dana bagi masyarakat.

Lebih €1.4 juta euro (RM7.05 juta) telah dibelanjakan untuk menjadikan Sungai Seine bersih dan selamat untuk orang ramai berenang. Sungai itu akan menjadi lokasi acara triatlon dan renang terbuka semasa sukan Olimpik yang dijadualkan bermula lewat bulan depan. 

Difahamkan, Hidalgo akan berenang di dalam Sungai Seine hari ini untuk membuktikan air sungai itu cukup bersih buat atlet sukan Olimpik.

Namun, kata Hidalgo, beliau hanya akan berenang di sungai itu selepas pilihan raya Perancis selesai pada Julai ini.

Pada masa sama, Presiden Emmanuel Macron juga  berjanji untuk berenang di dalam Sungai Seine menjelang sukan Olimpik tetapi tidak menyatakan bila.

Laporan diterbitkan pada Jumaat lalu menunjukkan air sungai itu masih terlalu kotor untuk digunakan. 

“Sampel air menunjukkan kadar tinggi dua jenis bakteria berbahaya termasuk E.coli dan tidak memenuhi piawaian ditetapkan untuk Sukan Oimpik,” kata pengawas wilayah Paris, Marc Guillaume.

Upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 akan berlangsung di Sungai Seine pada 26 Julai ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI