fbpx

Percutian solo J.Lo kecoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
J.LO

SEJAK khabar angin mengenai keberantakan rumah tangga pasangan ternama dunia Jennifer Lopez (J.Lo) dan, Ben Affleck hangat diperkatakan, wanita itu tidak lepas daripada paparazi.

Begitu juga saat dia menikmati percutian seorang diri tanpa suami di Eropah.

Ikon pop berusia 54 tahun itu baru-baru ini dilihat sendirian berada di sebuah hotel di Positano, Itali.

Tentu sahaja ketiadaan Affleck tambah meyakinkan ramai bahawa hubungan mereka benar-benar retak menanti belah.

Biarpun tidak berada di sisi, J.Lo bagaimanapun sempat berkongsi gambar Affleck dan menggelarkan suaminya sebagai wira.

“Wira kami. Selamat Hari Bapa,” tulisnya dalam Instagram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI