fbpx

Penjenayah rempuh kenderaan polis cedera ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

HULU SELANGOR – Seorang penjenayah cedera ditembak anggota polis selepas cuba meloloskan diri ketika ditahan dalam kejadian berhampiran gerai makanan di Serendah, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian pada pukul 4.40 petang itu berlaku ketika Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Mualim, Perak mengekori sebuah kereta jenis Perodua Alza yang mencurigakan.

Jelasnya, apabila kenderaan suspek berhenti di lokasi kejadian, pihak polis telah menghalang kenderaan tersebut dengan dua buah kenderaan.

“Suspek kemudian bertindak merempuh kedua-dua kenderaan yang dihalang oleh kenderaan pasukan polis sehingga membahayakan nyawa anggota terlibat.

“Rentetan itu, beberapa das tembakan dilepaskan ke arah kenderaan suspek. Sejurus keadaan selamat, pemeriksaan mendapati suspek mengalami kecederaan di perut akibat kesan tembakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, suspek kemudian dibawa ke Hospital Selayang dan keadaan lelaki berusia 30-an itu dalam keadaan stabil.

“Semakan terhadap suspek mendapati mempunyai 14 rekod lampau membabitkan kes jenayah serta dadah.

Menurut beliau, suspek telah ditahan reman bermula Sabtu lalu sehingga Jumaat ini untuk siasatan dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diseru untuk tampil membantu pihak polis dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60651021 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI