fbpx

Pemuda maut ditimpa pokok sagu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota polis meninjau pokok sagu yang menghempap Mohamad Muaqil hingga maut di Kampung Kolam, Mengabang Telipot, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Seorang pemuda maut akibat dihempap sebatang pokok sagu yang ditebangnya sendiri di Kampung Kolam, Mengabang Telipot di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.50 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Muaqil Mohamad Sabri, 26, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ditimpa pokok berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sebelum kejadian, Mohamad Muaqil sedang menebang pokok sagu terbabit untuk dijadikan makanan kambing peliharaan keluarganya.

“Tidak lama kemudian, mangsa ditemui bapa dan seorang adik lelakinya dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ditimpa pokok sagu berkenaan.

“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sebelum disahkan meninggal dunia oleg pegawai perubatan bertugas,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, mayat Mohamad Muaqil telah dihantar ke unit forensik hospital sama untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, tiada unsur jenayah ditemui dan kematian pemuda itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI