fbpx

Pelakon Pirates of the Caribbean mati dibaham jerung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

HONOLULU, HAWAII – Pelakon Pirates of the Caribbean, Tamayo Perry meninggal dunia selepas diserang seekor jerung semasa meluncur ombak di Hawaii, lapor Perbadanan Penyiaran Britain hari ini.

Aktor berusia 49 tahun itu menghembuskan nafas terakhir tengah hari semalam, demikian menurut Perkhidmatan Kecemasan Honolulu dalam satu sidang akhbar.

Perkhidmatan kecemasan dipanggil ke Pantai Malaekahana sekitar pukul 1 tengah hari(waktu tempatan).

Bagaimanapun, Perry yang juga seorang penyelamat pantai, diisytiharkan meninggal dunia selepas dibawa ke daratan dengan menggunakan jet ski.

Mendiang membawa watak salah seorang lanun dalam filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, yang keempat dalam francais berkenaan.

Filem keluaran 2011 itu yang menyusuli Johnny Depp sebagai lanun eksentrik, Kapten Jack Sparrow, turut dibintangi oleh Penelope Cruz dan Geoffrey Rush.

Perry juga pernah berlakon dalam filem Lost, Hawaii Five-0, Blue Crush dan sekuel Charlie’s Angels, Full Throttle.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI