fbpx

Orang ramai diminta beri idea pelan pendidikan baharu 2026-2036

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) membangunkan Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 sebagai platform kepada masyarakat untuk memberikan cadangan dan idea berkaitan pelan pendidikan baharu negara.

KPM dalam kenyataan berkata, pihaknya amat mengalu-alukan cadangan pelbagai pihak dalam bentuk memorandum atau kertas cadangan untuk membantu menghasilkan pelan pendidikan masa depan yang komprehensif dan holistik.

“KPM sedang dalam usaha menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu bagi mengantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang hampir sampai ke penghujung.

“Selaras dengan konsep whole of society approach (pendekatan seluruh masyarakat), KPM mengalu-alukan cadangan daripada pelbagai pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, portal berkenaan merupakan wadah untuk memudahkan pengumpulan maklumat, cadangan dan idea daripada seluruh masyarakat berkaitan hala tuju pendidikan negara.

Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 boleh diakses melalui pautan https://www.moe.gov.my/pelanpendidikan2026/public.

“Seluruh masyarakat dijemput untuk menyumbang cadangan bermula pada 14 Mei lalu hingga 31 Disember ini,” katanya.

Pada masa sama, KPM komited menjayakan agenda reformasi pendidikan demi manfaat generasi masa depan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI