fbpx

Nur Nisa hilang dipercayai lari ikut teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Nisa yang dilaporkan hilang sejak semalam.

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 12 tahun selepas dipercayai telah melarikan diri dengan teman lelaki, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada lelaki warga Myanmar yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), kira-kira pukul 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, lelaki berkenaan memaklumkan berlaku satu pergaduhan selepas menghantar anak perempuannya iaitu Nur Nisa nombor UNHCR 354-13C06027 ke kedai gunting rambut di Taman Megah di sini.

“Remaja yang memakai pakaian baju t-shirt dan jeans berwarna biru itu telah bertindak melarikan diri dengan seorang lelaki bangsa tidak dapat dipastikan menaiki kereta.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan orang hilang boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 03-7966 2222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI