fbpx

MotoGP: Bezzecchi bakal perkuat Aprilia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEZZECCHI hampir pasti akan meninggalkan VR46 Racing dengan menjadikan Aprilia sebagai destinasi baharunya musim depan. - AFP

RIMINI, Itali – Pelumba pasukan VR46 Racing, Marco Bezzecchi dilaporkan sudah bersedia meninggalkan pasukan itu dan menjadikan Aprilia sebagai destinasi seterusnya menjelang saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.

Aprilia dikatakan sedang mempersiapkan pasukan terbaik bagi mengharungi perlumbaan musim 2025 selepas berjaya mendapatkan khidmat naib juara dunia tahun lalu, Jorge Martin dari Pramac Racing.

Dua pelumba Aprilia ketika ini, Aleix Espargaro dan Maverick Vinales tidak akan meneruskan karier bersama pasukan itu selepas Espargaro mahu bersara, manakala Vinales menyertai KTM Tech3.

Kehadiran Bezzecchi pastinya memberi kelegaan serta kegembiraan kepada pasukan itu memandangkan sebelum ini mereka terdesak untuk mendapatkan khidmat seorang pelumba dari Itali.

Meskipun masih belum membuat keputusan berhubung masa depannya, namun Bezzecchi seolah-olah sudah memberi gambaran dia tidak akan kekal bersama VR46 dan mungkin beralih angin ke pasukan baharu musim depan.

“Buat masa ini, memang saya sedang mencari (pasukan) tetapi pada masa sama bergelut dengan prestasi. Oleh itu, saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai masa depan saya dan hanya fokus pada situasi sekarang,” katanya.

Terdahulu, pelumba Ducati, Enea Bastianini turut dikaitkan dengan perpindahan ke Aprilia, namun pelumba berusia 27 tahun itu mengambil keputusan mengikut jejak langkah Vinales ke KTM. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI