fbpx

Mini Cooper jadi bas sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkapan layar menunjukkan kereta jenama Mini Cooper yang diubah warna menjadi warna oren mirip bas sekolah

PETALING JAYA – Sekali pandang tidak ubah seperti bas, rupa-rupanya kereta.

Mungkin itu gambaran pertama diberikan terhadap sebuah kereta berjenama yang dilihat menyerupai bas sekolah seperti yang tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video di TikTok @nurayshaa, sebuah kereta jenis Mini Cooper dilihat melalui kawasan perumahan dan menarik perhatian orang ramai apabila dicat dengan warna jingga menyerupai warna bas sekolah.

Tindakan itu menimbulkan tanda tanya orang ramai dan tinjauan di ruangan komen juga mendapati ramai yang menganggap pemilik kenderaan itu berkemampuan untuk menukarkan warna cat kereta tersebut.

“Mungkin anak dia teringin hendak naik bas sekolah, tetapi dia tidak mahu anaknya bergaul dengan orang lain, sebab itu jadi macam ini,” kata @nasuhanasuha93.

“Golongan T20 takpe, puas jadi bas, esok jadi lori sampah pula. Kita golongan B40 bawa la apa yang ada dengan kereta calar sana sini,” kata @bellapen8.

“Harga diesel dah naik harga, so (jadi) hendak jimat pakai kereta jadi bas sekolah,” kata pengguna akaun @jayakumar_88.

Perkongsian video itu menjadi tular di media sosial apabila mencapai jumlah tontonan sebanyak 164,000 tontonan dan 12,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI