fbpx

Melaka High School tamatkan penantian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Melaka High Schools meraikan kejayaan mereka menjuarai Divisyen 2 MJHL musim ini. - MHC

SKUAD hoki remaja Melaka High School menamatkan penantian 12 tahun selepas berjaya merangkul gelaran juara Divisyen 2 Liga Hoki Remaja Malaysia MJHL) 2024 selepas mengatasi pencabar terdekat, Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) semalam.

Pada aksi itu, Melaka terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit keempat menerusi pukulan sudut penalti Safuwan Sharudin, namun ketinggalan 1-2 sebelum bangkit pada saat akhir dengan jaringan penyamaan Muhammad Faris Lukman Amirudin pada minit ke-53.

Melaka mengesahkan kejuaraan milik mereka selepas memenangi penentuan penalti shoot-out 2-0 sekali gus membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM5,000 berserta trofi.

Ketua jurulatih skuad hoki Melaka High School, Muhamad Fahmi Zulkifli Auni gembira apabila anak buahnya berjaya bangkit pada saat akhir untuk menyamakan kedudukan sebelum melakukan kejutan pada penalti shoot-out.

“Pada tahun 2012, kami pernah masuk final Divisyen 2 tetapi kalah kepada Sapura. Masa itu saya masih lagi seorang pelajar di situ dan hari ini, selepas 12 tahun, kami buktikan kami adalah sebuah pasukan yang bagus.

“Saya selalu tekan kepada para pemain, permainan hoki ini selama 60 minit. Jadi, saya cakap selagi wisel tak habis, selagi itulah kena main dan habiskan perlawanan ini,” kata Fahmi.

Sementara itu, Fahmi juga menjelaskan skuadnya akan bertemu Anderson Thunderbolts pada aksi suku akhir Piala TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam esok.

“Saya tidak meletakkan sebarang tekanan kepada pemain kerana dari awal liga misi utama kami adalah naik ke Divisyen 1. Jika menang itu adalah bonus dan hadiah buat mereka,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI