fbpx

Malaysia mahu lahirkan pemenang Anugerah Nobel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang ketika berucap pada Program Syarahan Pemenang Anugerah Nobel oleh Sir Paul Nurse. Foto M FIRDAUS M JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Malaysia mahu melahirkan pemenang Anugerah Nobel melalui komitmen dan usaha berterusan dalam memperkukuh ekosistem sains, teknologi dan inovasi (STI) negara.

Menteri Sains Teknogi dan Inovasi (Mosti), Chang Lih Kang berkata, Malaysia memberi dedikasi penuh dalam memupuk persekitaran yang kukuh dan dinamik bagi kemajuan saintifik.

“Kita berharap pada suatu hari nanti ada seorang pemenang Anugerah Nobel dari Malaysia.

“Fokus kita sekarang adalah merancakkan lagi ekosistem sains dalam negara untuk merealisasikan impian itu,” katanya kepada pemberita pada Program Syarahan Pemenang Anugerah Nobel oleh Sir Paul Nurse di Menara Matrade, Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tambah beliau, usaha berterusan dilakukan untuk mencapai cita-cita itu seperti Program Anugerah Nobel di bawah Akademi Sains Malaysia (ASM).

Katanya, program tersebut membawa pemenang Anugerah Nobel ke Malaysia supaya komuniti sains termasuklah pelajar, penyelidik dan ahli akademik dapat menerima manfaatnya daripada mereka.

“Sir Paul Nurse adalah pemenang Anugerah Nobel yang ke-25 yang dibawa oleh ASM ke negara kita. Kita akan meneruskan usaha ini supaya jadi satu budaya.

“Tiada sasaran (berapa penerima anugerah nobel) ditetapkan kerana ia tidak realistik selagi ekosistem sains kita belum cukup rancak,” ujarnya.

Jelasnya, kita sekarang hadapi masalah tidak cukup pelajar untuk belajar Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Selesaikan dahulu masalah ini lebih penting daripada kita tetapkan satu sasaran wujudnya seorang penerima Anugerah Nobel.

Sejak tahun 2004, Malaysia menerusi ASM telah menghantar 84 saintis muda untuk menyertai Mesyuarat Nobel Laureate Lindau.

Setiap tahun Pemenang Nobel dari seluruh dunia berkumpul di Lindau, Jerman untuk membentangkan penemuan penyelidikan dan berkongsi pengalaman mereka bersama saintis muda terpilih dari negara-negara lain yang turut serta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI