fbpx

Lebih 1,300 jemaah haji meninggal dunia akibat cuaca panas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebanyakan jemaah haji yang meninggal dunia akibat berjalan jauh di bawah matahari tanpa perlindungan yang mencukupi. - EPA

MEKAH – Sekurang-kurangnya 1,301 jemaah meninggal dunia semasa mengerjakan ibadah haji ketika cuaca panas ekstrem melanda Arab Saudi, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam. 

Kerajaan Arab Saudi berkata, lebih tiga perempat daripada keseluruhan angka korban itu terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai permit haji dan berjalan kaki pada jarak jauh tanpa mempunyai perlindungan mencukupi ketika cuaca panas.

“Sebahagian mereka terdiri daripada warga emas atau jemaah haji  yang menghidap sakit kronik,” demikian menurut agensi berita rasmi Saudi Press (SPA). 

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Fahd Al-Jalajel berkata, usaha telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya gelombang haba dan cara menanganinya. 

“Kemudahan kesihatan telah merawat hampir setengah juta jemaah, termasuk lebih 140,000 yang tidak mempunyai permit haji. 

“Ada antara mereka masih di hospital kerana keletihan akibat gelombang haba,” kata Al-Jalajel.

Pada masa sama, kerajaan Arab Saudi dikritik kerana tidak menyediakan kemudahan yang boleh diakses oleh jemaah tanpa permit seperti khemah berhawa dingin dan sistem pengangkutan. 

Suhu di kota suci Mekah kini mencecah 51.8 darjah Celcius, demikian menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI