fbpx

Kerajaan tiada kuasa kawal harga tiket penerbangan – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani dokumen perjanjian persefahaman (MoU) di antara Batik Air dengan Kia di Hotel Sama-Sama, Sepang, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

SEPANG – Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga tiket penerbangan kerana ia bersifat dinamik dan ditentukan oleh pasaran.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya hanya mengawal harga tiket penerbangan ketika musim perayaan yang mana harga maksimum ditetapkan menerusi subsidi oleh kerajaan.

Menurut beliau, bagi harga tiket penerbangan antarabangsa, kerajaan tidak mempunyai mekanisme tertentu bagi mengawal harga penerbangan itu.

“Tiket penerbangan domestik adalah bersifat dinamik dan tidak dikawal oleh kerajaan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis memorandum persefahaman (MoU) antara Batik Air dan KIA di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam yang mendakwa harga tiket penerbangan seperti tiada tanda untuk turun terutama pasca pandemik Covid-19.

Katanya, kenaikan harga tiket ini boleh diatasi dengan mewujudkan lebih banyak persaingan dan kekerapan penerbangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI