fbpx

Jumpa pergelangan tangan, enam lelaki direman lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan hingga menyebabkan mangsa putus pergelangan tangan, direman selama lima hari untuk siasatan lanjut.- Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Enam lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan hingga menyebabkan mangsa putus pergelangan tangan, direman selama lima hari untuk siasatan lanjut.

Perintah reman bermula hari ini sehingga Jumaat depan itu dikeluarkan oleh Majistret Adilah Mokhtar dalam prosiding di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

Permohonan reman itu dikemukakan pihak polis kepada mahkamah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap suspek berusia antara 23 hingga 37 tahun.

Siasatan terhadap keenam-enam lelaki warga tempatan itu dibuat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kesemua suspek tiba di pekarangan mahkamah menaiki trak sekitar pukul 11.30 pagi dengan tangan bergari sebelum dilihat beredar hampir sejam kemudian.

Media semalam melaporkan, anggota bomba yang menjalankan operasi memadam kebakaran sebuah kereta berhampiran Hospital Bahagia Ulu Kinta dekat Tanjung Rambutan menemukan pergelangan tangan manusia dengan kesan darah.

Berikutan kejadian tersebut, siasatan dijalankan di mana pemilik tangan itu berjaya dikesan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Dalam kejadian itu, dua lagi rakan mangsa turut parah dan dirawat di hospital sama dengan kecederaan hampir putus pergelangan tangan kiri dan putus urat tapak tangan kiri.

Kejadian dikatakan berpunca daripada pergaduhan antara ketiga-tiga lelaki itu dengan sekumpulan 20 lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang dan kayu.

Punca pergaduhan itu dipercayai kerana perebutan kawasan pengedaran dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI