fbpx

JKR arah pemaju projek ECRL baik pulih Jalan Hj Abdul Manan di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular berkenaan tampalan lubang pecah.

PETALING JAYA – Pemaju projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diarahkan membaik pulih tampalan pada jalan berlubang di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan Negeri), Klang dengan segera.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi kenyataannya berkata, perkara itu susulan video tular dimuat naik seorang aktivis jalan raya mengenai tampalan ‘pothole’ pecah di laman media sosial Facebook.

“Hasil semakan mendapati lokasi jalan raya yang tular itu adalah di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan Negeri) yang kini berada di dalam had penyelenggaraan pihak pemaju projek ECRL.

“Kerosakan tampalan yang ditularkan berpunca daripada tampalan secara ‘coldmix’ dilaksanakan oleh pihak pemaju dan takungan air pada bahu jalan tersebut,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya, JKR Malaysia melalui JKR Daerah Klang mengarahkan pihak ECRL membaik pulih tampalan secara ‘hotmix’ di tapak dengan kadar segera.

“JKR Malaysia sentiasa komited dan prihatin terhadap keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang awam turut dinasihatkan untuk melaksanakan perkongsian berhemah dan menyemak terlebih dahulu sebelum menyebarkan sebarang berita dan informasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI