fbpx

Jawatankuasa ditubuh bincang terma, syarat lanjutan kontrak Bestinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

PUTRAJAYA – Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi membincangkan terma serta syarat berikutan keputusan dasar Jemaah Menteri melanjutkan kontrak Bestinet Sdn. Bhd. (Bestinet) bagi tempoh tiga tahun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jawatankuasa berkenaan diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan perwakilan melibatkan beberapa kementerian lain.

“(Kontrak) sudah dimuktamadkan dan sudah diberi keputusan oleh Jemaah Menteri beberapa minggu lalu jadi…kerajaan sudah menubuhkan jawatankuasa diketuai oleh KSN dan di dalamnya ada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Peguam Negara.

“Jawatankuasa ini membincangkan terma kontrak bermula daripada keputusan dasar yang sudah dibuat selain memasuki proses perbincangan dengan syarikat berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Saifuddin berkata demikian kepada pemberita selepas ditanya berhubung pelanjutan kontrak melibatkan Bestinet.

Pada masa sama beliau berkata, jawatankuasa berkenaan akan melaksanakan perbincangan melibatkan terma kontrak melibatkan empat prinsip asas.

“Empat prinsip asas itu adalah mempercepatkan proses permohonan, mengurangkan kos migreasi, aspek kebajikan dan kepentingan majikan.

“Semua itu akan menjadi satu kerangka yang memandu jawatankuasa diketuai KSN ini untuk memperhalusi terma kontrak ini.

“Sistem ini penting dalam kecekapan untuk pengambilan pekerjaan terutama bagi menyumbang kepada sektor ekonomi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI