fbpx

Isu BlackRock: Kenyataan Tok Mat adalah pendirian peribadi – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Karisma Pemikir MADANI Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran UiTM Seluruh Malaysia, hari ini. Foto FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – “Pendirian UMNO jelas, sama dengan pendirian yang dibuat oleh Perdana Menteri.”

Itu tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, mengenai dakwaan penyertaan syarikat BlackRock dalam penstrukturan semula kepentingan Malaysia Airport Holding Bhd. (MAHB).

Beliau berkata, kenyataan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan, bahawa UMNO mendesak Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) tidak meneruskan jualan pegangan saham dalam MAHB kepada syarikat pro-Israel, BlackRock, tidak mewakili UMNO.

“Saya telah hubunginya malam tadi dan beliau menyatakan itu pandangan peribadi beliau, bukan pendirian UMNO secara rasmi,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Karisma Pemikir Madani Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran UiTM Seluruh Malaysia, di ibu negara, hari ini.

Semalam media melaporkan, Mohamad berkata, keputusan berkenaan tidak dibuat melalui Kabinet, namun masih mengharapkan ia dikaji semula.

Dalam pada itu Ahmad Zahid menjelaskan, isu berkenaan juga ada dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, baru-baru ini.

Jelas beliau, perbincangan juga telah pun dibuat beberapa kali sebelum itu manakala perinciannya dibincangkan semalam.

“Ada dibawa dan dibincangkan tetapi tidak terperinci (sebelum ini) dan penjelasannya semalam apabila pre cauncil dibuat kepada seluruh Ahli Parlimen.

“Ia termasuk Ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Ahli Perlimen Dewan Negara, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri,” katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya jangan jadikan penglibatan Global Infrastructure Partners (GIP) dalam penstrukturan semula kepentingan dalam MAHB sebagai wayang politik untuk menghentam kerajaan membabitkan isu Palestin.

Malah katanya, beliau pada setiap masa bersikap keras dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin, namun pada masa yang sama tidak mahu melemahkan ekonomi Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI