fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa utara hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan lebat dan ribut petir terus melanda sebahagian kawasan di utara Semenanjung dan dijangka berakhir menjelang tengah hari nanti.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat dan ribut petir melanda beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan sebahagian kawasan di Perak.

Sementara itu, cuaca baik juga melanda sebahagian kawasan di Sarawak dan Sabah kecuali beberapa tempat di pedalaman Sabah.

“Hujan lebat dan ribut petir melanda beberapa kawasan di utara Semenanjung melibatkan Perlis, beberapa kawasan di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak.

“Manakala kebanyakan kawasan di Sarawak dan Sabah akan mengalami cuaca cerah dan baik kecuali hujan renyai yang berlaku di beberapa tempat melibatkan Tawau, Sabah dan Sibu, Sarawak,” katanya.

Sementara itu, bagi sebelah petang pula, kebanyakan tempat di Semenanjung dijangka tidak mengalami hujan kecuali beberapa tempat di pedalaman Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu manakala cuaca cerah dan baik juga dijangka berlaku di kebanyakan kawasan Sarawak dan Sabah.

“Kebanyakan kawasan di Semenanjung tidak mengalami hujan dan ribut petir kecuali di beberapa kawasan yang melibatkan pedalaman Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu dan dijangka hanya berlaku sekejap sahaja.

“Kawasan di Sarawak dan Sabah tidak mengalami hujan dan ribut petir kecuali beberapa tempat yang melibatkan Betong, Sarikei dan Sibu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI