fbpx

Helah sorok belakang kotak gagal, 29 PATI kerja kilang logistik dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah kilang logistik, Kundang, Rawang, hari ini.

RAWANG – Menyorok disebalik timbunan kotak bagi mengelakkan diri dari dicekup.

Demikian antara gelagat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di sebuah kilang logistik di Kundang, di sini, hari ini.

Serbuan pada pukul 11 pagi sehingga pukul 1 petang itu turut dibantu Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Ketika serbuan dilakukan, terdapat segelintir warga asing bertindak melarikan diri serta menyorok di sebalik timbunan kotak namun cubaan tersebut berjaya dipatahkan anggota penguatkuasa yang terlibat.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Basri Othman berkata, risikan selama satu minggu serta aduan penduduk setempat membawa kepada serbuan yang dilakukan hari ini.

Jelasnya, seramai 128 warga asing diperiksa membabitkan pekerja kilang dan 29 ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

“Individu ditahan membabitkan 21 lelaki warga Bangladesh dan lapan lelaki warga Nepal berusia 21 hingga 51 tahun. Mereka berperanan sebagai pekerja operator di kilang ini.

“Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan.

Tambah beliau, semakan mendapati angka pekerja warga asing di dalam sistem kilang tersebut dilihat tidak sepadan dengan jumlah sebenar.

“Kami dapati jumlah pekerja dalam sistem tidak sebanyak seperti tangkapan yang dibuat,” katanya.

Sementara itu, Abd Kadir Muhammad, Ketua Unit Penguatkuasaan dan Atipsom JTKSM berkata, terdapat tempat penginapan pekerja disediakan oleh pihak kilang namun mendapat kelulusan yang ditetapkan.

“Pemeriksaan mendapati enam pekerja menetap di sini (kilang) disediakan oleh majikan.

“Sehubungan itu, kita akan buka kertas siasatan dibawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446),” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI