fbpx

Gelandangan pokai pulangkan wang RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL-ALI menunjukkan baucar yang diterima daripada pihak polis. – AGENSI 

THE HAGUE, Belanda  –  Seorang lelaki gelandangan menemui dompet berisi wang berjumlah 2,000 (RM10,000) di dalam sebuah tren kosong di stesen kereta api Amsterdam dan menyerahkannya kepada polis.

Hadjer Al-Ali yang menjadi gelandangan selama 18 bulan, menemui dompet itu di stesen pusat Amsterdam semasa mencari botol plastik untuk ditukarkan dengan wang tunai.

Polis berkata, lelaki berusia 33 tahun itu menyerahkan dompet berisi wang 2,000 tetapi tiada dokumen pengenalan atau petunjuk lain di dalam dompet tersebut untuk pihak berkuasa menghubungi pemiliknya.

“Oleh kerana kami berpendapat bahawa kejujuran harus diberikan  ganjaran, dia mendapat hadiah yang kami kadang kala berikan kepada orang awam bersama baucar bernilai €50 (RM252),” kata polis.

Menurut polis, wang itu akan diserahkan kepada Al-Ali sekiranya tidak dituntut dalam tempoh setahun.

Dalam satu rakaman video yang disiarkan di media tempatan, Al-Ali berkata:”Apa sahaja yang saya temui (barang orang lain), saya akan kembalikannya.

“Mungkin pemiliknya mempunyai perniagaan dan boleh memberikan saya pekerjaan atau tempat berteduh,” katanya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI