fbpx

Fatin Nabila minta maaf isu ‘dekatkan muka ke skrin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video permohonan maaf seorang pempengaruh yang tular selepas salah satu videonya dijadikan trend baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial yang terkenal selepas salah satu videonya dijadikan trend ‘dekatkan muka ke skrin’, mengakui kekhilafan diri dalam menghasilkan video untuk tatapan umum.

Menerusi perkongsian video di media sosialnya, pempengaruh yang dikenali sebagai Fatin Nabila, memberitahu bahawa niat asalnya di dalam video tersebut hanyalah untuk menyampaikan mesej supaya tidak membandingkan diri dengan orang lain.

“Dengan izin Allah, niat saya hasilkan video itu hanya satu sahaja iaitu, saya mahu sampaikan mesej ‘jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Namun, saya sedar pendekatan yang digunakan agak salah dari segi suara, dan ekspresi muka yang betul-betul dekat dengan skrin.

“Jadinya, dengan rendah diri, saya betul-betul minta maaf atas kesalahan yang dilakukan. Banyak sangat benda yang dipelajari sepanjang apa yang terjadi terutamanya dari segi olahan suara, ekspresi muka, saya akan perbaiki lagi selepas ini,” ujarnya.

Jelas pempengaruh tersebut, sepanjang proses dirinya dijadikan ‘trend’, banyak perkara positif yang dipelajari iaitu dari segi apa yang boleh dan tidak boleh dibuat dalam sesebuah video.

“Insya-Allah selepas ini saya akan hasilkan video yang lebih berkualiti. Sebagai seorang Muslim, saya akan lebih menjaga dan teliti sebelum memuat video dalam media sosial,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut memuji kerendahan hatinya yang sanggup menerima teguran daripada orang lain dan berusaha untuk membaiki diri.

“Kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, bagus Fatin terima teguran,” komen seorang pengguna.

“Orang macam ni akan maju ke depan sebab rendah diri dan ingin berubah jadi lagi baik, selamat maju jaya,” kata pengguna yang lain.

“Bagus Fatin, tidak cepat melatah dan bijak kawal situasi, semoga terus memberi inspirasi,” ujar seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI