fbpx

Euro 2024: Keadaan Barnabas Varga ‘stabil’ – HFF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Hungary dilihat memegang kain ketika penyerang, Hungary Barnabas Varga (bawah) terjatuh selepas berlanggar semasa perlawanan Euro 2024 Kumpulan A antara Scotland dan Hungary di Arena Stuttgart. -AFP

STUTTGART – Persatuan Bola Sepak Hungary (HFF) mengesahkan penyerang utama pasukan, Barnabas Varga berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital ketika pasukan meraih kemenangan 1-0 ke atas Scotland awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, Varga dilihat tidak sedarkan diri apabila mengalami kecederaan kepala selepas mengalami pelanggaran dengan penjaga gol Scotland, Angus Gann sehingga aksi dihentikan hampir tujuh minit.

Menurut kenyataan HFF, penyerang Ferencvarosi TC berusia 30 tahun itu sudah stabil tetapi perkembangan lanjut akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa.

“Barnabas Varga kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di hospital di Stuttgart. Jika ada perkembangan terkini mengenai tahap kesihatan Varga akan kami maklumkan secepat mungkin,” katanya.

Pemain Hungary, Kevin Csoboth muncul wira pasukan apabila meledak gol tunggal pada masa kecederaan sekali gus membuka peluang buat pasukan lolos ke pusingan 16 terbaik kempen Euro kali ini.

Mengulas mengenai perlawanan, pengendali Hungary, Marco Rossi menganggap kemenangan tersebut sebagai hadiah terbaik buat Varga kerana dijangka bakal terlepas baki kejohanan Euro sekiranya pasukan layak ke pusingan seterusnya.

“Pada awalnya saya jangka kecederaan tersebut tidak serius tetapi sebaliknya yang berlaku. Semua orang risau dan harap dia tidak mengalami kecederaan parah meskipun kempen Euro sudah berakhir,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI