fbpx

Euro 2024: Jerman juara Kumpulan A selepas seri 1-1 dengan Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Jerman, Niclas Fullkrug meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol penyamaan 1-1 ketika berdepan Switzerland di Arena Frankfurt - AFP

FRANKFURT – Jerman memulakan kempen mereka di Euro 2024 dengan langkah kanan selepas menuju ke pusingan 16 terbaik sebagai juara Kumpulan A sejurus bangkit menyamakan kedudukan seri 1-1 ketika menentang Switzerland, sebentar tadi.

Pada aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan tersebut, Jerman yang sudah layak ke pusingan kalah mati hanya memerlukan sekurang-kurangnya seri menentang Switzerland bagi mengelak risiko bertemu juara tiga kali, Sepanyol di pusingan 16 terbaik itu.

Bagaimanapun, skuad kendalian Jerman, Julian Nagelsmann bermula goyah apabila Switzerland terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Dan Ndoye pada minit ke-28.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Jerman terus melakukan asakan bertubi-tubi namun percubaan mereka untuk mencari gol penyamaan di separuh masa pertama gagal dijelmakan.

Ketika Jerman sedang melakukan asakan mencari gol penyamaan, Switzerland berpeluang untuk muncul selaku juara kumpulan tetapi sayang jaringan Ruben Vargas pada minit ke-83 berada dalam kedudukan ofsaid.

Penyerang Jerman, Niclas Fullkrug menjaringkan gol penyamaan 1-1 ketika berdepan Switzerland di Arena Frankfurt – AFP

Pada penghujung perlawanan, tandukan lewat pemain Jerman, Niclas Fullkrug memastikan skuad kendalian Julian Nagelsmann mara ke pusingan 16 terakhir.

Kemenangan itu membolehkan mereka bertemu lawan yang lebih mudah di pusingan 16 nanti selepas dijadual menentang pasukan tempat kedua dalam Kumpulan C.

Bagi saingan Kumpulan C, England kini mendahului carta dengan empat mata diikuti Denmark dan Slovenia masing-masing menerusi dua mata serta Serbia (satu mata). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI