fbpx

Dewan Rakyat: Harga barang dalam keadaan terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mempunyai data diperlukan bagi menyekat pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barang berikutan penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lalu.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, sebulan sebelum penyasaran subsidi diesel bermula, pihaknya telahpun melakukan pra Ops Kesan iaitu mengutip maklumat atau data berkenaan harga-harga barang dan perkhidmatan.

Jelas beliau, KPDN mengutip sebanyak 1,772 unit penyimpanan stok (SKU) harga barang bermula 2 Mei lalu supaya boleh membuat perbandingan harga sebelum dan selepas berlaku penyasaran subsidi diesel.

“Selepas (penyasaran subsidi diesel) diumumkan, kita memeriksa 2,790 premis dan pada 23 Jun 2024 kita telah keluarkan 210 notis bertulis dan buka tujuh kes siasatan.

“Kita mendapati beberapa hari pertama ada pihak cuba ambil kesempatan (menaikkan harga), tetapi selepas kita keluarkan notis dan minta jawab kenapa harga naik sebab kita dah ada data awal, kita dapati keadaan adalah terkawal.

“Pihak yang hendak ambil kesempatan mungkin berfikir banyak kali selepas kita panggil syarikat-syarikat yang kita rasakan tidak wajar naikkan harga barang. Kita ada data dan setiap hari kita periksa harga lebih 480 item,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) berhubung tindakan bakal diambil KPDN supaya harga barang tidak melambung naik dengan mendadak susulan penyelarasan subsidi.

Menjawab soalan tambahan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh), Fuziah menjelaskan, kerajaan ketika ini memberi tumpuan terhadap sektor logistik kerana ia merupakan penyumbang terbesar kepada kos harga barang.

Menurut beliau, kerajaan memberi ‘fleet card’ kepada syarikat pengangkutan yang membawa barang keperluan untuk memastikan tiada tambahan terhadap kos pengangkutan barang keperluan.

“Sektor pembinaan ketika ini belum ada, namun libat urus sentiasa berterusan dan jawatankuasa rayuan boleh meneliti keadaan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI