fbpx

Dewan Rakyat bertafakur penghormatan untuk mendiang Mutang, Joseph

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Parlimen berdiri serta bertafakur bagi memberi penghormatan kepada mendiang Mutang dan mendiang Joseph.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 hari ini dimulakan dengan para wakil rakyat berdiri serta bertafakur bagi memberi penghormatan kepada mendiang Datuk Mutang Tagal dan mendiang Tan Sri Joseph Kurup.

Mutang yang merupakan Yang Dipertua Dewan Negara meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 10 Mei lalu, manakala Joseph yang yang merupakan pengasas Parti Bersatu Sabah (PBRS) meninggal dunia pada 17 April 2024.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau bagi pihak Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Parlimen merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang Mutang dan Joseph.

“Mendiang (Mutang) merupakan seorang pemimpin yang komited dalam usaha mereformasi institusi Parlimen Malaysia dan amat prihatin akan kebajikan rakyat Malaysia.

“Mendiang (Joseph) merupakan mantan Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Pensiangan dan pernah menjadi anggota pentadbiran Persekutuan di beberapa kementerian.

“Saya mengharapkan seluruh ahli keluarga kedua-dua mendiang terus tabah dalam menghadapi situasi ini,” katanya ketika sesi pemasyhuran sebelum memulakan Sesi Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam pada itu, Johari memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Majlis bersetuju supaya Takwim Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat diubah kepada tarikh baharu.

Menurut beliau, tarikh baharu tersebut mulai 14 Oktober 2024 hingga 12 Disember 2024 selama 35 hari selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Notis mengenai perubahan tersebut dihantar kepada semua Ahli Yang Berhormat pada Jumaat, 14 Jun 2024,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI