fbpx

Bangunan peninggalan British di Ipoh jadi pusat seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sandrea (tengah) pada majlis penyerahan Bangunan Dewan Bandaran kepada Majlis Bandaraya Ipoh hari ini - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Dua bangunan yang dibina pada zaman British lebih 100 tahun lalu, Dewan Bandaran Ipoh dan Pejabat Pos Lama kini disegarkan semula sebagai pusat seni.

Dua bangunan yang berada bersebelahan antara satu sama lain itu, terletak bertentangan dengan Stesen Keretapi Ipoh dalam kawasan pelancongan warisan Ipoh Old Town.

Dewan Bandaran Ipoh telah dibaik pulih dan dinaik taraf sebagai pusat persembahan seni, manakala Pejabat Pos Lama menjadi galeri karya seni dan digital.

Kerja-kerja memulihara serta menaiktaraf kedua-dua bangunan itu dilakukan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) sejak November 2022 dan siap dilaksanakan pada Mei 2024 melibatkan kos sebanyak RM11 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng berkata, perkembangan itu juga adalah selari dengan status Ipoh yang baru tersenarai dalam Rangkaian Bandar Kreatif (UCCN) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori muzik.

“Dengan kapasiti yang ada, kita bersiap sedia menerima dan mengalu-alukan pelbagai program, aktiviti, konsert, muzik dan kebudayaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dua bangunan oleh NCIA kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini hari ini.

Pemulihan semula dua bangunan tersebut merupakan pakej kedua projek Pelancongan Warisan Ipoh (IHT) setelah pakej pertama melibatkan Ipoh Padang dan Kinta Riverwalk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI