fbpx

Amaran awal skuad muda Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA berpeluang menjamin tempat awal ke suku akhir jika menewaskan Australia pada aksi kedua esok. - FAM

PENGENDALI skuad bawah 16 (B-16) kebangsaan, Javier Jorda Ribera mengakui gembira selepas menyaksikan barisan pemain melaungkan ‘amaran’ awal dengan menewaskan Timor Leste 5-0 pada aksi Piala ASEAN B-16 2024 semalam.

Pada aksi pertama Kumpulan C itu, skuad muda Harimau Malaya tidak mempunyai masalah untuk meraih tiga mata penuh hasil jaringan Izzuddin Afif, Fahmi Farizamal dan Arrayan Hakeem selain Awal Wafiy Ahmad Syukri yang meledak dua gol.

Menurut Ribera, masih ada beberapa kelemahan perlu diperbaiki terutamanya dalam usaha mempertajamkan lagi penyudah untuk memburu gol pada perlawanan akan datang.

Katanya, barisan pemain muda negara telah mempamerkan prestasi yang diharapkan apabila mengawal sebahagian besar permainan sekali gus memenangi perlawanan dengan bergaya

“Pada separuh masa pertama, saya lihat kita tertalu menghormati Timor Leste sehingga jentera serangan gagal menterjemahkan setiap peluang kepada gol apabila hanya mendahului 1-0.

“Situasi berbeza pada babak kedua, kita tampil lebih baik dengan memperbaiki corak permainan untuk mencari lebih banyak gol untuk pasukan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Skuad negara akan mengalihkan tumpuan untuk mengharungi perlawanan kedua Kumpulan C bertemu Australia di Stadium Sriwedari, Surakarta, Indonesia esok dengan misi mengesahkan slot ke suku akhir lebih awal.

Socceroos kendalian Brad Maloney juga dilihat terdesak untuk meraih keputusan positif apabila hanya mampu seri 0-0 ketika bertemu Thailand kelmarin.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN