fbpx

Yayasan Sultan Ibrahim serah 335 bakul makanan di Pontian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Anizam menyerahkan sumbangan bakul makanan daripada YSIJ kepada salah seorang penerima di pekarangan KOA Kuala Benut, Pontian hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 335 keluarga dari dua kampung Komuniti Orang Asli (KOA) daerah Pontian.

Sumbangan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Mohd Anizam Jamian.

Majlis penyampaian sumbangan berlangsung di pekarangan KOA Kuala Benut, Pontian hari ini.

Bantuan bakul makanan itu telah diserahkan kepada Tok Batin KOA Kuala Benut, Abdul Samad Abdul Hamid dan Tok Batin KOA Sri Mahkota, Osman Abu Bakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI