fbpx

[VIDEO] Meremang tengok parasit merah dalam perut lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan parasit merah yang berada di dalam perut lembu.

PETALING JAYA – Video seorang wanita menunjukkan parasit merah yang masih hidup di dalam perut lembu ketika mencucinya bukan sahaja membuatkan penonton berasa geli malah terasa seperti ‘meremang’ melihatnya.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok @Kak Jah Power berdurasi 42 saat itu, kelihatan parasit merah atau cacing merah itu masih bergerak-gerak di dalam perut lembu berkenaan.

“Benda ni agak normal, dijumpai kalau kita ambil perut lembu dan ini adalah proses untuk membasuh perut lembu,” kata wanita itu.

Tinjauan Kosmo! di akaun tersebut mendapati orang ramai terkejut kerana pertama kali melihatnya malah ada juga yang enggan makan perut lembu disebabkan parasit itu.

“Kerana benda ni lah saya terus tak makan perut lembu. Teringat-ingat je dalam kepala,” kata @Jalak Lenteng.

“Normal? Seumur hidup aku ni first time (kali pertama) Nampak, kalau cacing gelang tu normal,” kata @Senpai.

“Parasit ni boleh hidup dalam perut manusia ke? Macam mana parasit tu boleh menjangkiti lembu tu?,” tanya @mohd amir.

Perkongsian video tersebut berjaya mencapai jumlah tontonan sebanyak 1.8 juta dan 32.5 ribu tanda suka.- KOSMO! ONLINE

@kakak_hidung_tinggiParasit merah dalam perut lembu ewwwww..!♬ original sound – Kak Jah Power

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI