fbpx

[VIDEO] ‘Itu buaya kak, bukan kucing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang wanita sedang bermain dengan seekor anak buaya.

PETALING JAYA – “Tengok mata dia macam dah rancang sesuatu,” itu reaksi netizen setelah melihat video di laman TikTok yang menunjukkan seorang wanita sedang meriba dan bermain mesra dengan seekor anak buaya.

Video berdurasi 11 saat itu menunjukkan anak buaya tersebut kelihatan sangat gembira apabila didodoikan lagu Tepuk Amai-amai sambil wanita tersebut mengambil kedua-dua tangan haiwan itu dan menepuk-nepuknya.

Reaksi anak buaya itu sangat comel apabila melihat mulutnya ternganga seperti sedang ketawa dan terhibur dengan nyanyian wanita tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai rata-rata meninggalkan komen yang lucu dan ada juga memberi peringatan supaya berhati-hati.

“Dah besar nanti bunyi dia sayang,” kata @shafiqflayingduct8.

“Kak tu buaya kak bukan kucing,” kata @princessqueazzahra.

“Kau tunggu dia besar nanti kak, jangan kata minum susu, sekali dengan kau dia makan,” kata @nurulmover

Perkongsian video itu tular dan ditonton oleh 477.7 ribu tontonan serta mendapat 29.7 ribu tanda suka.- KOSMO! ONLINE

@aznan7890 #fypsounds #fylシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypvideoviratiktok #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fypvideoviral #fypp ♬ original sound – hadirrr7890

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI