fbpx

[VIDEO] ‘Boleh gugur janin lalu jalan Jambatan Sungai Pulai – Pontian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan keadaan jalan di laluan Jambatan Sungai Pulai menghala ke Pontian yang didakwa pengguna mempunyai banyak bonggol.

PETALING JAYA – “Kalau bawa perempuan mengandung boleh gugur janin.”

Itu antara luahan seorang pengguna jalan raya ketika melalui sebuah kawasan di laluan Jambatan Sungai Pulai ke Pontian di Johor.

Ia dikongsi menerusi satu klip video berdurasi kira-kira satu minit di laman Facebook milik Lando Zawawi Vrus, hari ini.

Individu tersebut menunjukkan keadaan laluan berkenaan yang sangat berbahaya terutamanya kepada pemandu yang tidak biasa melalui jalan itu kerana mempunyai banyak bonggol tinggi.

“Ini laluan menuju ke Jambatan Sungai Pulai, lihat bonggol sudah menjunam enam ke tujuh inci. Papan tanda ‘Awas Jalan Tidak Rata’ sudah dipasang.

“Sudah buat aduan kepada JKR (Jabatan Kerja Raya) Pontian dia ‘pass’ kat JKR Batu Pahat dan kemudian ke JKR Johor. Sampai sekarang tiada penyelesaian,”ujar individu tersebut.

Dakwa individu itu lagi, walaupun aduan sudah dibuat, namun sehingga sekarang tiada penyelenggaran atau tindakan lanjut dibuat oleh pihak berkuasa.

“Jadi sekarang nak buat apa? Bukan satu sahaja jalan di sini berbonggol, banyak lagi jalan seperti ini (rosak dan berbonggol) sepanjang laluan ini.

“Ini kalau naik motosikal bawa perempuan mengandung janin boleh gugur,” luahnya geram.

Terdahulu, media melaporkan, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan konsesi penyelenggaran jalan, Teto Engineering Sdn. Bhd. telah diberikan tanggungjawab oleh JKR Johor bagi menyelenggara jalan dari Jambatan Sungai Pulai menghala Pontian.

Ia selepas pemaju projek jalan tersebut, Seaport Worldwide Sdn. Bhd. telah menyerahkan kepada JKR Johor, baru-baru ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI