fbpx

Tiada keperluan tubuh jawatankuasa khas cari rakyat ‘ghaib’- Menteri Luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD HASAN ketika ditemui pemberita di Majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin, Melaka. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

JASIN – Wisma Putra tidak akan menubuhkan sebarang jawatankuasa khas untuk mengesan rakyat Malaysia yang dilaporkan ‘ghaib’ selepas berhijrah ke luar negara.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia telah pun mempunyai kedutaan dan perwakilan di negara luar bagi membantu menjalankan tugas-tugas penting termasuk kes rakyat yang hilang.

“Kita tak (perlu) tubuhkan jawatankuasa (khas) kerana kita dah ada setiap kedutaan atau Pesuruhjaya Tinggi di banyak negara dan kita ada 111 perwakilan semuanya di seluruh negara.

“Ada juga di negara-negara yang kita tak ada (cawangan) tapi ia diurus oleh Pesuruhjaya Tinggi daripada kawasan di luar jadi tiada keperluan untuk kita tubuhkan jawatankuasa (kerana) dia (kes rakyat ‘ghaib’) tak ramai pun,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang ibu berusia 77 tahun dari Kulai, Johor memohon bantuan orang ramai mengesan anak sulungnya, Abdul Khalid, 58, yang terputus hubungan sejak 1992 selepas berhijrah di Amerika Syarikat.

Lelaki itu sebelumnya melanjutkan pengajian di University of Southwestern Louisiana selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 1985 hingga 1989 dan pernah dua kali pulang ke kampung halaman sebelum akhirnya hilang tanpa jejak.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pihaknya bagaimanapun sentiasa bersedia membantu mana-mana waris untuk mengesan ahli keluarga yang dilaporkan hilang atau berdepan masalah di luar negara.

“Jika berlakunya situasi rakyat Malaysia hilang di luar negara, keluarga mereka boleh berhubung terus dengan Wisma Putra untuk sebarang bantuan.

“Kami akan uruskan supaya kita dapat mengarahkan atau pun minta kedutaan kita untuk membantu (tetapi) kadang-kadang mereka ini sendiri yang tak mahu dikesan dan tak mahu orang tahu di mana mereka berada jadi itu susah sikitlah,” ujarnya.

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI