fbpx

Tayar pecah, seorang maut, tiga termasuk bayi parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas di Lebuh AMJ, Melaka, tadi.

ALOR GAJAH – Seorang lelaki maut, manakala tiga lagi termasuk bayi perempuan berusia tujuh bulan parah dalam nahas tayar pecah di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) menghala ke Rembia, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa yang maut adalah pemandu kereta Proton Bezza berusia 33 tahun, selain dua wanita berusia 24 dan 30 tahun serta bayi yang menaiki Proton Saga, parah di beberapa anggota badan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Penguasa Bomba Kanan I (KUP), Nazri Mat Rais berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.04 malam melalui talian MERS.

Katanya, sepasukan 11 anggota termasuk satu jentera dan perkhidmatan penyelamatan perawatan kecemasan (EMRS) telah dikejarkan ke lokasi dan tiba lapan minit kemudian.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, difahamkan nahas berlaku selepas tayar kereta Bezza dipandu si mati tiba-tiba pecah menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Kereta dipandu lelaki tersebut dari arah Melaka ke Alor Gajah, manakala Saga di laluan bertentangan. Kedua-dua kenderaan ini telah bertembung selepas tayar Bezza tersebut tiba-tiba pecah,” katanya kepada pemberita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI