fbpx

Syukur dapat peluang kedua – Hafidz Roshdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIDZ bersyukur diberi peluang berlakon semula selepas setahun berehat. - Foto FARIZ RUSADIO

SHAH ALAM – Selepas hampir setahun tidak berlakon, aktor Hafidz Roshdi bersyukur diberikan peluang kedua apabila ditawarkan membintangi drama bersiri Bawah Payung Awan 2.

Ujar Hafidz atau nama penuhnya
Muhammad Hafidz Roshdi, 30, kesempatan diberikan syarikat produksi Global Station sebagai permulaan yang baik buat kerjaya seninya selepas terpalit kontroversi.

“Alhamdulillah, saya seolah-olah diberikan peluang kedua apabila kembali menerima tawaran lakonan.

Setelah setahun tak ‘shooting’, tak sangka Global Station sudi tawarkan saya berlakon drama Bawah Payung Awan untuk siaran saluran penstriman Viu.

“Diharap ini menjadi titik tolak untuk saya kembali aktif dalam dunia lakonan sekali gus meraih kepercayaan stesen televisyen arus perdana,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online, petang tadi.

Tidak menganggap namanya disenarai hitam akibat kemelut perkahwinan, bintang filem Juang itu melihat perkara tersebut sebagai soal rezeki.

Katanya, sebelum ini dia pernah dilamar menjayakan sebuah drama namun namanya tidak diluluskan stesen televisyen.

“Harapan saya semua pihak terutama penerbit, pengarah serta penggiat seni dapat ketepikan soal kontroversi dan lihat bakat saya.

“Saya mahu kembali ligat di lokasi penggambaran selain dapat mencari rezeki semula dalam bidang yang saya sukai,” ujarnya

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu lagi, kerja sebagai penghantar barang yang dilakukan sekarang merupakan terapi selepas lapan tahun tidak bercuti panjang.

Saya anggap kerja ini (p-hailing) sebagai cara ‘healing’ kerana sepanjang lapan tahun dalam industri seni saya jarang dapat bercuti panjang.

“Ada hikmah di sebalik pekerjaan ini yang membolehkan saya berjumpa ramai orang dan menenangkan diri selepas disahkan bipolar pada 2021,” katanya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Hafidz dengan Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, yang dibina pada 2016 menjadi bualan ramai sehingga mereka bercerai pada 27 Julai tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4.

Hafidz kemudian bernikah buat kali kedua dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada pada 15 Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI