fbpx

Suami isteri parah, bayi dalam kandungan meninggal dunia akibat dihempap pokok jati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN suami isteri yang cedera akibat ditimpa pokok jati cuba dibantu orang ramai dalam kejadian awal pagi tadi.

KANGAR – Sepasang suami isteri cedera parah selepas dihempap sebatang pokok tumbang ketika menaiki motosikal dalam kejadian ribut di Kampung Padang Benta, Simpang Empat dekat sini awal pagi tadi.

Lebih memilukan apabila bayi dalam kandungan wanita itu yang berusia lima bulan disahkan meninggal dunia akibat kemalangan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Baeyah Abdul Wahab berkata, dalam kejadian pukul 3.15 pagi itu, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 18 tahun melalui kawasan tersebut selepas pulang dari kedai makan di Sungai Baru menuju ke rumah mereka di Sungai Bugis.

“Mangsa wanita menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dan dibonceng suaminya itu ditimpa sebatang pokok yang tumbang akibat kejadian ribut sekali gus mengakibatkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan.

“Kejadian itu menyebabkan wnaita terbabit mengalami pendarahan dalam kepala, patah tulang pinggang kiri dan kanan serta anak pertama mereka dalam kandungan berusia lima bulan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, suami wanita itu patah tulang paha sebelah kanan dengan mangsa wanita kini masih dirawat di zon merah Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI