fbpx

Semut charlie ancam 2,000 penduduk Melodi Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrul menunjukkan gambar kesan gigitan semut itu pada muka bayi perempuannya.

KUALA SELANGOR – Lebih 2,000 penduduk Pangsapuri Melodi Perdana, Puncak Alam di sini, dibelenggu keresahan apabila berdepan ancaman semut charlie sejak enam bulan lalu.

Keadaan itu membimbangkan berikutan seramai 55 penduduk termasuk kanak-kanak dan bayi menjadi mangsa gigitan serangga berbisa berkenaan setakat ini.

Penduduk, Shahrul Nazrin Rizal, 31, berkata gigitan semut itu menyebabkan bayi perempuannya berusia sembilan bulan mengalami bengkak dan kemerahan pada muka, baru-baru ini.

Katanya, perkara itu disedari selepas anak bongsu daripada dua beradik berkenaan mengalami gatal dan tidak selesa.

“Tidak lama kemudian, saya bersama isteri dan anak sulung kami turut terkena serangan semut berkenaan. Berikutan itu, kami sekeluarga terpaksa mendapatkan rawatan lanjut di klinik swasta berdekatan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Blok A pangsapuri berkenaan, Muhammad Rahmat Zainal Abidin berkata, perkara itu telah dimaklumkan pihaknya kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihak berwajib lain bagi tindakan lanjut.

“Jabatan Kesihatan ada melakukan semburan pada Mei lalu namun semut itu masih dikesan di kawasan ini. Mungkin semut itu dari kawasan berlukar dan jumlahnya makin banyak disebabkan
faktor cuaca tidak menentu.” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI