fbpx

Risau masa depan lepas bersara punca regu badminton tertipu ‘job scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pei Jing.

PETALING JAYA – Menghadapi masalah dalam kerjaya dan bimbang tentang kehidupan selepas bersara menyebabkan pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing terpedaya dengan penipuan pelaburan.

Berkongsi perkara itu, Pei Jing berkata, beliau diperkenalkan kepada satu ‘software’ (perisian) oleh rakannya yang dikenali sebagai ‘DOBEVIL’.

“Saya biasanya tidak akan mengedahkan atau mencuba perkara seperti ini, tetapi pada masa itu, saya sedang menghadapi masalah dalam kerjaya dan bimbang tentang masa depan selepas bersara.

“Kerana berulang kali disarankan oleh kawan, saya membuat keputusan terburu-buru dan memberi peluang pada diri sendiri dan perisian ini,” katanya dalam hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Pei Jing berkata, perisian itu merupakan platform e-dagang dimana beliau menguruskan kedai dalam talian termasuk menerima pesanan, membeli barang dan mendapatkan pengesahan pengguna.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu bahawa keseluruhan perisian terbabit adalah satu penipuan.

“Semua pesanan, khidmat pelanggan, dan pembeli dikawal sepenuhnya oleh mereka. Kerugian yang saya alami menjadi besar seiring dengan meningkatnya jumlah pesanan, dan saya terus memasukkan wang sedikit demi sedikit.

“Kerana tidak mengambil pesanan dalam tempoh masa yang ditetapkan, akaun saya dibekukan dan saya tidak dapat mengeluarkan wang sehingga pesanan diselesaikan,” ujarnya.

Tambahnya, hantaran mesej yang diterima dari perkhidmatan pelanggan dan pembeli membuatkan beliau berasa gelisah dan kebingungan.

“Saya ada keraguan beberapa kali sepanjang proses ini, tetapi saya dengan bodohnya bertanya kepada kawan yang memperkenalkan perisian ini, bukannya kepada keluarga atau sahabat rapat saya.

“Saya sedar bahawa saya telah ditipu apabila jumlah pesanan terlalu besar untuk diproses ole peruncit dan akhirnya saya mengakui kepada keluarga tentang apa yang saya hadapi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pei Jing turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak serta polis di atas bantuan dan sokongan berhubung perkara berkenaan.

“Saya memilih untuk bersuara kerana saya berasa sangat sakit ketika ditipu dan tidak mahu orang lain menjadi mangsa. Namun, sekarang saya memilih untuk menerima dan melangkah ke hadapan,” tambahnya.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan dari Pei Jing yang ditipu sindiket pelaburan sehingga kehilangan hampir semua wang simpanannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI