fbpx

PRK Sungai Bakap: PH yakin raih sokongan pengundi BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Joohari.

SEBERANG PERAI – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Joohari Ariffin optimis mampu meraih sokongan pengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Menurutnya, pihaknya yakin kerjasama baik yang ditunjukkan BN khususnya UMNO akan menjadi faktor kemenangan buat kerajaan Perpaduan.

“Kita kena lihat di mana BN sekarang.. di belah (komponen parti) Kerajaan Perpaduan dan sudah semestinya mereka mempunyai data siapakah pengundi mereka.

“Selain pemimpin tertinggi parti (BN) mengadakan perjumpaan untuk menggembleng tenaga bersama memenangkan saya di sini, banyak jentera parti turut menyatakan sokongan mereka kepada saya.

“Bukan nak takbur tapi saya yakin kita mampu mengambil alih semula DUN Sungai Bakap,” katanya kepada pemberita pada sesi ramah mesra bersama media di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Joohari memberitahu, beliau enggan berbangga dengan kelayakan akademik yang dimilikinya namun tidak menafikan ilmu pengetahuan itu penting supaya dapat menjadi pemimpin yang baik.

Katanya, ilmu penting kerana sekiranya seseorang pemimpin itu tidak mempunyai ilmu, dikhuatiri dia mampu menyesatkan orang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI