fbpx

Perangi habis-habisan sindiket ‘lesen terbang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 RDS Driving Academy Sdn. Bhd. dan Projek L Orang Asli serta Perasmian Bilik Ujian KPP01 dan Sistem eTesting di sini hari ini.

SEREMBAN – Kementerian Pengangkutan akan membatalkan permit mana-mana institut memandu yang dikesan terlibat dalam sindiket yang menawarkan ‘lesen terbang’.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya akan memantau perkara tersebut dalam memastikan industri institut memandu bebas daripada gejala negatif berkenaan.

“Kita tidak mahu lagi ada mana-mana institut memandu yang cakap tak payah datang pun boleh dapat lesen ataupun disebut ‘lesen terbang’, kita mahu lawan habis-habisan.

“Mana-mana institut memandu yang terlibat dalam sindiket atau apa-apa skim ‘lesen terbang’ kalau dapat dikesan, lesen mereka akan dibatalkan, ini amaran kepada semua institut memandu,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 RDS Driving Academy Sdn. Bhd. dan Projek L Orang Asli serta Perasmian Bilik Ujian KPP01 dan Sistem eTesting di sini hari ini.

Anthony berkata, beliau menyokong industri institut memandu sebab itu banyak cadangan yang diterima kementerian dan diberikan kelonggaran seperti mengurangkan tempoh pemeriksaan di Puspakom. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI